Pengenalan ESG JTM
Memahami rangka kerja Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus dalam konteks Jabatan Tenaga Manusia.
Apa itu ESG?
ESG adalah singkatan dari Environmental, Social, and Governance. Ia adalah kerangka kerja strategik yang digunakan untuk mengukur bagaimana organisasi bertindak balas kepada perubahan iklim, melayan pekerja mereka, membina kepercayaan, memupuk inovasi, dan menguruskan risiko operasi secara mampan.
Pendekatan ini bukan sekadar trend, tetapi satu keperluan mendesak untuk memastikan kelestarian jangka panjang sesebuah organisasi dan impak positifnya terhadap dunia.
E - Fokus kepada Alam Sekitar
Aspek ini bertujuan mengurangkan pencemaran, pembaziran, dan jejak karbon. Ia menilai bagaimana operasi organisasi memberi kesan kepada alam sekitar, termasuk pengurusan sisa, kecekapan tenaga, penggunaan air, dan kawalan pencemaran.
Komitmen utama adalah untuk mengurangkan kesan alam sekitar iaitu Zero Net. Menggabungkan "ESG" dengan "zero net" merujuk kepada komitmen atau strategi untuk mencapai tujuan ESG dengan kesan sifar bersih, menunjukkan pendekatan komprehensif terhadap kelestarian dengan kesan negatif minimum dan sumbangan positif aktif.
S - Fokus kepada Sosial
Menilai bagaimana organisasi menguruskan hubungan dengan kakitangan, pelanggan, pembekal, dan masyarakat setempat. Aspek ini merangkumi elemen kemanusiaan dalam operasi harian.
- Keseimbangan Kerja-Kehidupan Merujuk kepada keseimbangan antara kehidupan profesional dan peribadi. Penting untuk kesejahteraan keseluruhan, mengurangkan tekanan, dan meningkatkan kualiti hidup warga kerja.
- Pelaburan dalam Pendidikan Cara efektif untuk mengangkat masyarakat dari kemiskinan jangka panjang. Meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti dan peluang belajar sepanjang hidup membantu rakyat Malaysia mengembangkan keterampilan untuk pekerjaan yang lebih baik.
G - Fokus kepada Tadbir Urus
Mengukuhkan pentadbiran dalam sektor awam dan swasta untuk mencegah ketirisan dan salahlaku, serta mengelakkan rasuah dalam transaksi dan operasi.
- Pengurusan Dasar dan Peraturan Menggunakan Pengubahan Tingkahlaku (Behavioural Insights) untuk membentuk dan mengubah dasar serta peraturan bagi memastikan pematuhan yang lebih baik.
- Struktur & Kepimpinan Etika Melibatkan struktur, dasar, dan amalan yang membimbing keputusan organisasi. Ini merangkumi penilaian pengurusan, ketelusan, dan kepimpinan yang beretika.
- Kepentingan Tadbir Urus Amalan tadbir urus yang baik memastikan organisasi beroperasi dengan integriti, akauntabiliti, dan keadilan, menyumbang kepada kejayaan jangka panjang.