A. Skills for Learning (Lifelong Learning)
Menggalakkan budaya pembelajaran berterusan dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar agar sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri.
B. Tenaga Hijau
Mengutamakan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti solar atau tenaga angin untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menyokong kelestarian alam sekitar.
C. Pemuliharaan
Menekankan kepentingan menjaga dan memulihara sumber semula jadi seperti air, tanah dan biodiversiti untuk kegunaan generasi akan datang.
D. Pengangkutan Mesra Alam
Menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik, berbasikal, atau pengangkutan awam bagi mengurangkan pencemaran dan jejak karbon.
E. Fasiliti Mesra Alam
Membangunkan infrastruktur dan kemudahan kampus yang cekap tenaga, menggunakan bahan lestari serta mesra pengguna dan alam sekitar.
F. Ekosistem Makanan Lestari
Menyokong amalan pemakanan dan pertanian yang mampan seperti penanaman organik dan pengurangan pembaziran makanan.
G. Perolehan Lestari
Memastikan semua barangan dan perkhidmatan yang diperoleh adalah mesra alam, bertanggungjawab secara sosial dan menyumbang kepada pembangunan mampan.