Alam Sekitar (Environmental), Sosial (Social) Tadbir Urus (Governance) – ESG
ESG adalah singkatan dari Environmental, Social, and Governance. ESG adalah kerangka kerja yang digunakan untuk mengukur bagaimana organisasi bertindak balas kepada perubahan iklim; melayan pekerja mereka; membina kepercayaan dan memupuk inovasi; dan menguruskan risiko. Ini mencakupi tiga aspek utama iaitu

E - Fokus kepada Alam Sekitar (Environmental) : bertujuan mengurangkan pencemaran, pembaziran, dan jejak karbon. Aspek ini melihat bagaimana operasi organisasi memberi kesan kepada alam sekitar, termasuk pengurusan sisa, kecekapan tenaga, penggunaan air, pencemaran, dan komitmen untuk
mengurangkan kesan alam sekitar iaitu Zero Net :

Menggabungkan "ESG" dengan "zero net" merujuk kepada komitmen atau strategi untuk mencapai tujuan ESG dengan kesan sifar bersih, menunjukkan pendekatan komprehensif terhadap kelestarian dengan kesan negatif minimum dan sumbangan positif aktif.
S - Fokus kepada Sosial (Social): Menilai bagaimana organisasi menguruskan hubungan dengan kakitangan, pelanggan, pembekal, dan masyarakat. Aspek ini merangkumi:

Keseimbangan Kerja-Kehidupan: Merujuk kepada keseimbangan antara kehidupan profesional dan peribadi. Penting untuk kesejahteraan keseluruhan, mengurangkan tekanan, dan meningkatkan kualiti hidup.
Pelaburan dalam Pendidikan: Cara efektif untuk mengangkat masyarakat dari kemiskinan jangka panjang. Meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti dan peluang belajar sepanjang hidup membantu rakyat Malaysia mengembangkan keterampilan untuk pekerjaan yang lebih baik, meningkatkan pendapatan, dan keluar dari kemiskinan.
G - Fokus kepada Tadbir Urus (Governance): Mengukuhkan pentadbiran dalam sektor awam dan swasta untuk mencegah ketirisan dan salahlaku, serta mengelakkan rasuah dalam transaksi dan operasi.
Pengurusan Dasar dan Peraturan: Menggunakan Pengubahan Tingkahlaku (Behavioural Insights) untuk membentuk dan mengubah dasar serta peraturan bagi memastikan pematuhan.
Tadbir Urus: Melibatkan struktur, dasar, dan amalan yang membimbing keputusan organisasi dan tingkah laku korporat. Ini merangkumi penilaian pengurusan, ketelusan, dan kepimpinan etika.
Kepentingan Tadbir Urus: Amalan tadbir urus yang baik memastikan organisasi beroperasi dengan integriti, akauntabiliti, dan keadilan, menyumbang kepada kejayaan jangka panjang.
