Miri, Sarawak – Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri terus komited dalam mengintegrasikan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) melalui pelbagai inisiatif kampus hijau.
Antara aktiviti utama ialah pelaksanaan sistem tuaian air hujan bagi kegunaan landskap, penanaman pokok di kawasan kampus sebagai penyerap karbon semula jadi, serta amalan kitar semula sisa latihan dan domestik.
Dalam aspek sosial, ILP Miri menganjurkan program latihan kemahiran jangka pendek secara CSR kepada komuniti setempat, sambil memupuk kesedaran terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar.
Usaha ini diselaraskan dengan pelaksanaan amalan EKSA dan pendigitalan pengurusan, ke arah mewujudkan ekosistem pembelajaran yang mampan, inklusif dan berdaya saing sejajar dengan agenda ESG negara.
